Tahun ini tajuk kem kami ialah KEM SMART HAFAZAN DAN SOLAT..Alhamdulillah tahun ini kami membuat keputusan ingin memberi pelajaran tentang :-

1. Menghafal Al Quran Juzuk 30 (amma) atau Surah-surah pilihan cth ; Al Kahfi, Mulk, Yasin, Sajadah

2. Tatacara dan sifat solat Nabi Muhammad SAW serta menghafal makna-makna dalam solat dan memahami makna bacaan dalam solat.

3. Penekanan makna2 bacaan didalam solat (Sifat cara Solat Rasullah SAW)

4. Doa Nabi2 yang ada didalam Al Quran

5. Hadis-hadis Pendek dari Shahih Al Bukhari

6. Hafalan Al Quran Juzuk 30 dan 29

7. Fardu Ain (bab Suci dan Wudhu’)

8. Motivasi Perunding Motivasi Pelajar bertajuk :  Adab IBUBAPA dan ORANG YANG LEBIH TUA.

 9. Lawatan ke TIMES SQUARE THEME PARK di Kuala Lumpur 

10. Lawatan ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

11. SIJIL PENYERTAAN akan diberikan kepada setiap pelajar

12. File dan buku  hafalan Pelajar (fardu ain,bahasa arab,jadual,doa,hadis,makna dalam solat)

13. Lanyard dan name box diberikan kepada setiap pelajar