Sila Click Borang Pelajar Tahfiz/Diniah untuk Download Borang/Cetak borang.

Sila Click Borang Kem untuk Download Borang/Cetak borang.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

 

  1. Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan lancar.
  2. Berkemampuan menghafal Al-Quran.
  3. Mempunyai rekod disiplin yang bersih di sekolah@madrasah lama.
  4. Berkelakuan baik
  5. Bukan Pembuli (pembuli akan di buang Madrasah)
  6. Pelajar yang lemah bacaan diterima
  7. YATIM DAN ASNAF AMAT DI ALU-ALUKAN
  8. Lulus temuduga / ujian kelayakan.
  9. Berumur antara 8 hingga 17 tahun.
  10. Sihat mental dan fizikal.
  11. Wajib menetap di asrama.
  12. Wajib menyertakan Surat Berhenti Sekolah terdahulu.
  13. Keputusan temuduga adalah MUKTAMAD
  14. TIDAK MEROKOK
  15. TIDAK TERPENGARUH DENGAN SEBARANG JENIS DADAH
  16. Terbuka kepada lelaki dan perempuan

 

Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:

  • salinan kad pengenalan pemohon
  • salinan kad pengenalan bapa/penjaga
  • Sijil berhenti sekolah / madrasah terdahulu
  • 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport
  • Surat sokongan sekolah / madrasah terdahulu (nama / no tel individu rujukan)
  • Sijil – sijil yang berkaitan

* bagi pelajar luar (foreigner) atau pemegang visa, sila bawa salinan pasport beserta pasport asal dan sila pasti kan visa anda tidak tamat tempoh ketika memohon. Pihak madrasah hanya membantu mendapatkan visa lanjutan bagi permohonan yang berjaya sahaja.

Pelajar faqir dan miskin amat dialu-alukan dan yang memenuhi syarat juga di galakkan memohon.

PERATURAN MADRASAH IRSYADUL QURAN

 

  1. Pelajar wajib mengikuti semua aktiviti, program, kelas, kelas tambahan dan peperiksaan yang dianjurkan oleh madrasah.  
  1. Setiap pelajar wajib mematuhi peraturan hafalan dan pengulangan yang telah ditetapkan :

 

Masa

Perkara

4.30 Pagi – 6.30 Pagi

Bangun Solat Malam dan Berdoa

6.30 Pagi – 7.30 Pagi

Hantar Hafalan Baru (Saba’)

8.30 Pagi – 11.30 Pagi

Pengulangan  Hafalan Lama (Sabki)

2.30 Petang – 4.30 Petang

Pengulangan  Hafalan Paling Lama 1 Juzuk (Manzil)

7.45 Malam – 9.30 Malam

Menghafalan Baru

3. Tidak menghantar hafalan (tasmi’) kepada guru pada waktu yang telah ditetapkan adalah satu kesalahan dan pelajar boleh diambil tindakan oleh guru.

 

  1. Bagi memastikan pelajar dapat menamatkan hafalan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh masa yang ditetapkan, disiplin hafalan yang tinggi dan usaha yang gigih perlu dipamerkan oleh setiap pelajar.
  2. Ponteng kelas atau peperiksaan adalah satu kesalahan dan pelajar boleh diambil tindakan.

PERATURAN CUTI DAN KELUAR / MASUK ASRAMA

 

  1. Pelajar dibenarkan outing (berjumpa dengan ibubapa) sekali dalam sebulan ,boleh rujuk takwim madrasah.
  2. Dilarang bermalam di rumah kawan / keluar bersama kawan kecuali telah mendapat kebenaran ibubapa/penjaga atau mudir.
  3. Keluar atau Masuk hanya dibenarkan pada hari ahad bermula 9 Pagi dan pulang semula di maahad sebelum 6.30 petang (maghrib).
  4. Sebelum meninggalkan asrama, kad Keluar / Masuk pelajar hendaklah ditandatangan dan ditinggalkan bersama warden, dalam keadaan pelajar berpakaian lengkap yang telah ditetapkan oleh Madrasah Irsyadul Quran.
  5. Sebaik pulang ke asrama, pelajar mesti melaporkan diri kepada warden terlebih dahulu.
  6. Bagi pelepasan cuti kecemasan atau sakit, penjaga mesti mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengurusan dan menunjukkan surat sebagai bukti yang menunjukkan kecemasan tersebut adalah sah.
  7. Ibubapa/Penjaga yang berhasrat menghantar anak ke Madrasah Irsyadul Quran lewat dari masa yang sepatutnya kerana kecemasan hendaklah menghubungi warden sebagai makluman dan disertakan surat untuk rujukan madrasah.
  8. Pihak ibubapa/penjaga hendaklah mengemukakan permohonan cuti 3 hari sebelum dan dimaklumkan kepada pihak Pengurusan serta warden.
  9. Pihak ibubapa / penjaga diminta memberi kerjasama yang sewajarnya berkaitan waktu pengambilan dan penghantaran semula pelajar ke madrasah.

JADUAL PENGAJIAN MADRASAH IRSYADUL QURAN

Jadual Harian Madrasah Irsyadul Quran

4.00 am – 4.30 am           : Bangun tidur

4.30 am – 5.00 am           : Solat Tahajjud ( 8 rakaat ) & Solat Witir ( 3 rakaat )

5.00 am – 6.00 am           : Khidmat kebersihan diri

6.00 am – 6.30 am           : Solat sunat subuh, Solat subuh berjemaah

6.30 am – 8.00 am           : Kelas hafalan baru ( Saba’)

8.00 am – 9.00 am           : Khidmat kebersihan bilik & Sarapan

9.00 am – 11.30 am        : Kelas hafalan lama ( Sabki)

11.30 am – 12.00 pm     : Khidmat kebersihan asrama

12.00 pm – 1.15 pm        : Qailullah ( tidur sekejap)

1.30 pm – 2.00 pm          : Solat zohor berjemaah

2.00 pm – 2.30 pm          : Makan tengah hari

2.30 pm – 4.30 pm          : Kelas hafalan paling lama ( Manzil)

4.30 pm – 5.00 pm          : Solat asar berjemaah & Tafsir Quran

5.00 pm – 6.30 pm          : Khidmat kebersihan diri

6.30 pm – 7.00 pm          : Makan malam

7.00 pm – 7.30 pm          : Solat maghrib berjemaah

7.30 pm – 8.30 pm          : Kelas lancarkan saba’ 1

8.30 pm – 9.00 pm          : Solat isyak berjemaah

9.00 pm – 10.00 pm        : Kelas lancarkan saba’ 2

10.00 pm – 10.30 pm     : Persiapan tidur

10.30 pm                             : Tidur

Jadual Hari Ahad

4.00 am – 4.30 am           : Bangun tidur

4.30 am – 5.00 am           : Solat Tahajjud ( 8 rakaat ) & Solat Witir ( 3 rakaat )

5.00 am – 6.00 am           : Khidmat kebersihan diri

6.00 am – 6.30 am           : Bangun & Solat subuh berjemaah

6.30 am – 8.00 am           : Riadah Pagi (Wajib)

8.00 am – 9.00 am           : Sarapan Pagi

9.00 am – 10.30 am        : Khidmat kawasan asrama

10.30 am – 11.30 am      : Khidmat kebersihan bilik

11.30 am – 12.30 pm     : Khidmat kebersihan diri

12.30 pm – 1.15 pm        : Qailullah

1.30 pm – 2.00 pm          : Solat zohor

2.00 pm – 2.30 pm          : Makan tengah hari

2.00 pm – 4.30 pm          : Masa lapang

4.30 pm – 5.00 pm          : Solat asar berjemaah & Tafsir Quran

5.00 pm – 6.30 pm          : Khidmat kebersihan diri

6.30 pm – 7.00 pm          : Makan malam

7.00 pm – 7.30 pm          : Solat maghrib berjemaah

7.30 pm – 8.30 pm          : Kelas lancarkan saba’ 1

8.30 pm – 9.00 pm          : Solat isyak berjemaah

9.00 pm – 10.00 pm        : Kelas lancarkan saba’ 2

10.00 pm – 10.30 pm     : Persiapan tidur

10.30 pm                             : Tidur