fbpx

Surah Az Zukhruf :36
——————
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Surah Az Zukhruf :37
——————
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ

Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Surah Al Qamar :17
——————
وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Surah Ali Imran :138
——————
هَٰذَا بَيَانٌ لِّلنَّاسِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةٌ لِّلْمُتَّقِينَ

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

MOTO MADRASAH 

Melahirkan generasi memahami Al Quran dan Hadith

 

VISI MADRASAH

Madrasah Irsyadul Quran ialah Madrasah@sekolah yang ingin melahirkan generasi pintar yang dapat memahami serta mengamalkan ajaran Al Quran dan As Sunnah demi keberkatan kehidupan di dunia dan bekalan menuju ke alam yang kekal abadi di akhirat

MISI MADRASAH

  1. Memperkukuhkan IMAN, TAUHID,  dan AMAL SOLEH.
  2. Akhlak pelajar bagi mewujudkan ummah yang berperibadikan Rasulullah 
  3. Berusaha meningkatkan kualiti pelajar sebagai Penghafaz dan Penjaga ayat Suci Al Quran 
  4. Melahirkan generasi yang faham serta beramal dengan ajaran Alquran dan As Sunnah

 

IKRAR MADRASAH

MENJADIKAN Al Quran dan As Sunnah pegangan kehidupan kami

DAKWAH ISLAM

Cita-cita murni kami supaya agama Islam yang Haq ini disebarkan kesegenap penjuru dunia 

Pertemuan dengan Allah dan Rasullahﷺ di syurga adalah matlamat kami

Akhlak Rasulullah tauladan kami

MIQ sebagai pencetus semangat kami

Kecemerlangan dan kejayaan Islam impian kami

Bertawakkal hanya kepada Allah Azza Wajalla

Insya Allah Syurga tempat kami

Semoga Tauhid di Malaysia ini terus berkembang 

UNTUK DOWNLOAD QURAN DAN TERJEMAHAN

DOWNLOAD MAC

DOWNLOAD WINDOW