fbpx

NO PENDAFTARAN SSM : SA 0411535-T

NO PENDAFTARAN JAIS : BZH8052-12591

PORTFOLIO MADRASAH IRSYADUL QURAN (AKAN DIKEMAS KINI)

MADRASAH IRSYADUL QURAN ( PETUNJUK AL-QURAN )

PENGURUS dan MUDIR TAHFIZ

USTAZ ARIF HASSANUL ABIDIN BIN ROSMAN

MUDIR ALIM/ALIMAH

MAULANA SOLAHUDDIN AL AYYUBI BIN ROSMAN

 

AKAUN RASMI MADRASAH IRSYADUL QURAN

BANK : CIMB

NO AKAUN : 8602894019

Atas nama MADRASAH IRSYADUL QURAN

 

 ALAMAT ASRAMA MADRASAH IRSYADUL QURAN 

MADRASAH IRSYADUL QURAN (ASRAMA LELAKI)

NO 18 JALAN KUNING U9/25, SUBANG PERMAI SEKSYEN U9, 40150 SHAH ALAM,SELANGOR

MADRASAH IRSYADUL QURAN (ASRAMA PEREMPUAN)

NO 49 JALAN ELEKTRON U16/59 DENAI ALAM 40160 SHAH ALAM, SELANGOR

  

SEJARAH SEKOLAH

            Madrasah Irsyadul Quran dinamakan oleh penaung kami iaitu Ustaz Arif Hassanul Abidin Bin Rosman sempena salah satu nama madrasah di Pakistan. Perancangan untuk menubuhkan Madrasah Irsyadul Quran ini pada tahun 2010, selepas beliau menamatkan pengajian Al Quran dan Ilmu Diniah di Karachi Pakistan.

Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 2012 sepenuhnya secara percuma.

Penubuhan madrasah ini bertujuan untuk menyebarkan dakwah islam diseluruh pelusuk Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kami insya Allah ingin melahirkan generasi  mahir Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad ﷺ.

Madrasah Irsyadul Quran adalah sekolah yang menerima semua lapisan pelajar dari umur 8 Tahun sehingga 25 Tahun yang mempunyai kesungguhan untuk menghafal A-Quran dan pengajian diniah.

Pada peringkat awal penubuhan, madrasah telah beroperasi di Putrajaya untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 2015 madrasah telah berpindah di Pinggiran Subang bagi pelajar lelaki dan Saujana Utama 3, Sungai Buluh bagi pelajar perempuan.

Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM : SA 0411535-T ) telah meluluskan nama sekolah iaitu Madrasah Irsyadul Quran dengan kebenaran/kerjasama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Selangor ( JLD.6 (97) BZH8052 )

Alhamdulillah .. System hafalan dan pengajian dari Pakistan yang kami pelajari dapat memberi impak besar di madrasah kami.. Insya Allah kami telah dapat mengeluarkan pelajar Tahfiz setiap tahun dan pencapaian pelajar kami dapat menghafal 1 juzuk Al Quran setiap bulan.

Selain dari pengajian hafalan Al-Quran di Madrasah Irsyadul Quran, kami juga mengikuti pengajian-pengajian kelas luar seperti kelas pengajian Tafsir Al Quran dan Ilmu Hadis.

Aktiviti kami setiap bulan adalah seperti riadhah ke jeram,berkuda, memanah dan macam-macam lagi aktiviti yang bermanfaat kesihatan minda dan jasmani.

 

BIODATA PENGURUS MADRASAH IRSYADUL QURAN

Ini serba sedikit latar belakang pengajian Pengurus Madrasah Irsyadul Quran kami.

Nama : Arif hassanul Abidin Bin Rosman.

Pendidikan awal : Sek Rendah Padang Garong,

Pendidikan : Tahfiz dan Diniah Usuluddin di Karachi Pakistan.

Pada akhir tahun 1992, ketika beliau berumur 11tahun. Beliau belajar Tahfiz di Madrasah Islamiah Anuarul Uloom di Gulberg Karachi. Beliau mula mempelajari ilmu hafalan tahfiz Al quran di madrasah ini pada tahun 92-95. Seterusnya beliau menyambung Pengajian Ijazah Tahfiz di Jamia  Binnnoriah Karachi pada tahun 1996. Kemudian beliau menyambung Pengajian Daurah Talaqqi Tafsir Quran di Jamia Badrul Uloom di Rahim Yar Khan Punjab tahun 1996. Beliau penyambung pengajian Diniah/Usuluddin di Jamia Tul Uloom Islamiah Allama Yusuf Binori di Gurumandir Karachi pada tahun 1996-2001. Kemudian Ust Arif pulang ke Malaysia dan membuka Madrasah Irsyadul Quran.